Penerbitan, ciptaan dan projek Jafri Malin Abdullah

Penerbitan dan ciptaan yang telah dilakukan oleh Professor Jafri sehingga 2018 adalah 359 buah manuskrip, 27 buah buku, pemenang hadiah emas dan gangsa di peringkat antarabangsa dalam pertandingan inovasi beberapa produk dan mempunyai 2 "paten tertangguh".

Projek terkini yang sedang dijalankan melibatkan usahasama di antara Brain and Behaviour Cluster (BBC), Pusat Pengajian Sains Perubatan dan Pusat Pengajian Sains Komputer, Kampus Induk, Universiti Sains Malaysia. Projek yang dinamakan Big Data (Neuro) adalah usaha bagi menyediakan data berkaitan otak manusia untuk tujuan penyelidikan.